Maklumat Pertandingan

20/01/2010 10:30

TEMA

’’MENERAJU PEMBELAJARAN DAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMBANGUNAN LESTARI’’

PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI

Perkataan Lestari menurut Kamus Dewan, mukasurat 747 bermaksud tidak berubah-ubah, kekal dan tetap.Pada 1987, United Nation telah mengeluarkan laporan Brundtland yang mentakrifkan Pembangunan lestari sebagai pembangunan yang memenuhi keperluan generasi kini tanpa menghalang keupayaan generasi akan datang memenuhinya juga.Pendidikan untuk Pembangunan Lestari merupakan satu misi pendidikan yang mencari keseimbangan antara kesejahteraan manusia (sosial), perkembangan ekonomi di samping penghormatan terhadap alam semulajadi.

Bermatlamatkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Dekad 2005-2014, pendidikan untuk pembangunan lestari menyasarkan untuk membantu membina sikap, tingkah laku, kemahiran dan ilmu pengetahuan yang membabitkan keputusan terhadap manusia sejagat, ekonomi, alam semulajadi demi kebaikan dan manfaat mereka, orang lain, sekarang dan masa hadapan.

Pembangunan dan kemajuan yang pesat lebih daripada 30 tahun yang lepas menuntut pelbagai perubahan yang ketara dari semasa ke semasa  contohnya

  1. Jangka hayat penduduk negara membangun meningkat
  2. Pembekalan makanan dan penggunaan meningkat 20% lebih cepat daripada pertumbuhan penduduk
  3. Penambahbaikan dalam taraf kesihatan, pendapatan
  4. Pencapaian pendidikan semakin meningkat

Namun begitu, terdapat juga kesan negatif yang terpendam seperti :

1.Ketaksamaan ekonomi dan kemiskinan

2.Penyakit seperti HIV-AIDS dan malaria

3.Penggunaan sumber berlebihan di negara industri

4.Pelbagai kemerosotan alam sekitar dan pencemaran

5.Penyumbangan kepada perubahan iklim

6.Pengurangan sumber semulajadi

7.Kehilangan hutan, habitat dan biodiversiti.

 

 

Pembangunan lestari merupakan visi pembangunan yang merangkumi populasi penduduk, spesis haiwan dan tumbuhan, ekosistem, sumber alam semulajadi dan perhatian yang bersepadu dalam menangani masalah isu kemiskinan, kesaksamaan jantina, hak kemanusiaan, pendidikan untuk semua, kesihatan, keselamatan, dialog antara budaya dan sebagainya.

Sebagai salah satu contoh pendidikan untuk pembangunan lestari yang telah dilaksanakan di USM adalah pengharaman penggunaan bekas makanan polisterina di dalam kampus. Mulai 1 Januari 2008, tiada lagi bekas makanan polisterina dibenarkan untuk digunakan di semua kafetaria di kampus USM. Sebagai jalan penyelesain, warga kampus digalakkan untuk makan di kafetaria serta menghabiskan makanan atau membawa bekas makanan sendiri jika ingin membungkus makanan.

Pengharaman bekas makanan polisterina dilaksanakan atas kesedaran warga kampus bahawa bekas makanan ini

1.            Mengambil masa hampir 1000 tahun untuk dilupuskan

2.            Tidak boleh dikitar semula

3.            Punca kematian lebih 100 000 spesis haiwan marin seluruh dunia

4.            Diperbuat daripada bahan-bahan yang menjadi punca barah seperti styrene, benzenadan dan lain-lain.

 

Selain itu, USM juga telah menjalankan kempen ’Say No To Plastic Bag’ kepada seluruh warga kampus bukan sahaja dalam kalangan pelajar USM malahan penjaja-penjaja kafeteria dalam USM bagi mengurangkan penggunaan beg plastik di sekitar kampus seterusnya menjadikan USM bebas dari plastik yang juga sukar dilupuskan ini.

Hal ini kerana ,bahan yang susah dilupuskan ini akan menghasilkan sampah yang pastinya memberi kesan negatif seperti:

1.      Masalah kekurangan tempat untuk melupuskan sampah yang semakin bertambah dari semasa ke semasa

2.      Pencemaran air dan tanah

3.      Masalah kesihatan

4.      Masalah banjir akibat saliran air/longkang yang tersumbat

 

Dan segala kesan-kesan negatif ini pasti akan memberi kesan daripada segi jangka masa pendek atau panjang.

Oleh yang demikian, konsep pembangunan lestari merupakan konsep yang penting dalam membangunkan negara dan masyarakat agar seimbang daripada pelbagai segi iaitu dari sudut ekonomi, sosial dan alam sekitar. Kemusnahan akan berlaku apabila salah satu aspek tidak diberi perhatian yang sewajarnya dan pendidikan merupakan medium paling utama dan kritikal dalam menyampaikan maklumat, pengetahuan seterusnya menyedarkan manusia untuk bertindak dengan membuat keputusan terhadap tingkah laku dengan tepat dan bijaksana.

FORMAT UMUM PERTANDINGAN

7.1       Tema, skop dan komponen pertandingan

Peserta akan diuji dari pelbagai aspek yang mempunyai perkaitan dengan konsep dan pengaplikasian kelestarian serta pengetahuan umum. Konsep kelestarian yang lebih diketengahkan dalam pertandingan ini lebih kepada kelestarian Alam Sekitar , Ekonomi dan Sosial

7.2       Penerangan & sinopsis pertandingan

Sebanyak 3 bentuk pertandingan akan dijalankan  ;

Pertandingan  pertama ( IDEA KELESTARIAN-INOVASI):

Peserta dikehendaki menggunakan kreativiti , imaginasi ,visi & penafsiran untuk mengemukakan cadangan idea yang bernas  dalam membentuk Sekolah Lestari  Tahun 2030. Idea yang dikemukakan merangkumi aspek kelestarian Alam Sekitar,Ekonomi ,Sosial dll. Peringkat ini peserta di kehendaki membuat persembahan ‘slide show’ kepada hakim. ‘Slide Show’ akan disediakan awal oleh peserta sebelum pertandingan.. Pusingan ini merupakan pusingan yang menyumbang markah tertinggi.

 

Pertandingan  kedua (REKACIPTA KELESTARIAN-INOVASI) :

 Peserta dihendaki membuat satu reka cipta inovasi dari bahan terbuang dan boleh dikitar semula. Peserta dikehendaki menyediakan barang yang siap dicipta dan dipersembah kepada hakim untuk dijuri. Permarkahan berdasar inovasi rekaan, kreativiti, bahan yang digunakan dan pengaplikasian dalam harian.

Pertandingan ketiga ( KUIZ KELESTARIAN):        

Peserta menjawab soalan yang diberi dalam bentuk objektif secara bertulis yang mengandungi soalan merangkumi konsep lestari yang umum. Soalan lebih menjuruskan kepada konsep kelestarian Alam Sekitar dimana isu-isu semasa  dan pengetahuan am akan diketengahkan.  Disamping itu turut diselitkan soalan berkaitan kelestarian ekonomi dan sosial.

 

7.4       Penghakiman

Pertandingan ini akan diadili sepenuhnya oleh pensyarah terpilih dari pusat-pusat pengajian yang terdapat di USM dan Ahli Jawatan Kuasa penghakiman yang terdiri dari pelajar USM.

7.5       Hadiah

Tempat pertama :RM700.00+RM1000.00(pakej kelestarian) + hadiah sampingan

Tempat kedua    :RM500.00 +hadiah sampingan

Tempat ketiga    :RM300.00 +hadiah sampingan

Saguhati              :hadiah saguhati

7.5       Pemenang

Sekolah yang berjaya menjadi juara(tempat pertama)dipilih sebagai Duta Sekolah Persatuan Sains Kajihayat USM bagi konsep Lestari dan sebahagian wang tunai yang dimenangi  digunakan  bagi menjalankan dan mempromosikan konsep kelestarian pada peringkat sekolah serta masyarakat sekeliling dengan bantuan nasihat dan bimbingan oleh pensyarah PPSKH, Persatuan Sains Kajihayat dan Bahagian Pembangunan Lestari & Korporat Universiti Sains Malaysia.

—————

Back


Contact

Persatuan Sains Kajihayat USM

Pusat Pengajian Sains Kajihayat,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.


0194503925


BioSociety MASCOT

MR. GREEN


Links


The Webmaster

 

YM me at: neomessiah26@yahoo.com.my


USM - An APEX University.