E-Daftar & pendaftaran kursus

03/06/2008 13:37

KENYATAAN


KEPADA : SEMUA PELAJAR IJAZAH PERTAMA (PENUH MASA) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


AKTIVITI PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER I, SIDANG AKADEMIK 2008/2009

 


1. Jadual Aktiviti Pendaftaran Kursus

 

*sila klik gambar untuk melihat jadual

 


2.
Perlaksanaan E-DAFTAR

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan melancarkan kaedah pendaftaran kursus melalui laman web atau E-DAFTAR kepada pelaiar-pelaiar Ijazah Pertama Universiti yang bertaraf akademik aktif mulai pengajian Semester I, S.A. 2008/09.

E-Daftar ini merupakan alternative kepada kaedah pendaftaran kursus yang biasa dilakukan setiap semester di Pusat-pusat Pengajian/Pusat iaitu aktiviti Pendaftaran Kursus Dalam Talian (PKDT).

Sehubungan itu, aktiviti PKDT masih dikekalkan walaupun dengan perlaksanaan E-Daftar ini. Jadual lengkap aktiviti pendaftaran kursus Semester I, S.A. 2008/09 adalah seperti pada perkara 1.

3. Syarat-Syarat Dan Maklumat Am Pendaftaran Kursus Secara E-Daftar

(a). Dibenarkan hanya kepada pelajar yang bertaraf akademik aktif sahaja.

· Penentuan taraf akademik terkini pelajar bagi tujuan pendaftaran kursus Semester I, S.A. 2008/09 adalah berdasarkan keputusan peperiksaan Semester II, S.A. 2007/08.

(b). Pelajar bertaraf akademik aktif dibenarkan/boleh mendaftar kursus terus melalui E-Daftar tanpa perlu mendapatkan kelulusan Penasihat Akademik masing-masing.

(c). Pelajar bertaraf akademik aktif boleh juga mendaftar kursus melalui kaedah biasa iaitu ketika tempoh rasmi aktiviti PKDT di Pusat Pengajian/Pusat, jika mengalami masalah mendaftar secara E-Daftar atau jika tiada akses kepada internet semasa tempoh E-Daftar.

(d). Pelajar bertaraf akademik Percubaan (P1/P2/P3) adalah tidak dibenarkan mendaftar kursus secara E-Daftar.

· Kumpulan pelajar ini perlu mendaftar kursus semasa tempoh rasmi aktiviti PKDT di Pusat Pengajian masing-masing.

· Kumpulan pelajar ini juga perlu berjumpa dan mendapatkan kelulusan Penasihat Akademik terlebih dahulu sebelum mendaftar kursus.

(e). Pelajar boleh menggugur/tambah kursus beberapa kali selagi dalam tempoh aktiviti E-Daftar. Walau bagaimanapun, data terakhir transaksi akan diguna-pakai sebagai data pendaftaran kursus yang muktamad bagi setiap pelajar.

(f). Senarai kursus yang telah didaftar semasa tempoh E-Daftar masih boleh dikemaskini (gugur/tambah) semasa tempoh rasmi aktiviti PKDT di Pusat Pengajian/Pusat.

(g). Kes-kes yang tidak dapat/boleh diselesaikan semasa tempoh E-Daftar boleh diselesaikan semasa tempoh rasmi aktiviti PKDT di Pusat Pengajian/Pusat.

(h). Pelajar boleh mendaftar semua kursus kecuali kursus Bahasa dan Ko-Kurikulum.

· Pendaftaran kursus Bahasa dan Ko-Kurikulum adalah masih di bawah tanggungjawab/pentadbiran Pusat Bahasa & Terjemahan dan Pusat Ko-Kurikulum.

· Kursus-kursus ini akan dimasukkan terlebih dahulu ke dalam akaun pendaftaran kursus pelajar yang terlibat sebelum aktiviti E-Daftar (jika permohonan pra-daftar berjaya).

(i). E-Daftar masih mengekalkan peraturan-peraturan/polisi am pendaftaran kursus Universiti.

(j). Pendaftaran kursus secara E-Daftar ini adalah menerusi portal Kampus Sejahtera USM.

4. Capaian Ke Sistem E-Daftar Oleh Pelajar

(a). Sistem E-Daftar ini boleh dicapai menerusi portal Kampus Sejahtera USM (https://healthvcampus.usm.my).

(b). Pelajar perlu berdaftar dengan portal ini untuk menjadi ahli (member). Setiap ahli akan diberikan 'ID' (Kata Pengenalan) dan 'Password' (Kata Laluan).

(c). Pelajar menggunakan 'ID' dan 'Password' ini untuk mengakses (login) ke laman profailnya yang akan mengandungi satu menu bertajuk Sistem E-Daftar'.

(d). Seterusnya pelajar perlu klik menu Sistem E-Daftar ini untuk mengaksesnya dan seterusnya mendaftar/gugur/tambah kursus-kursus yang berkenaan.

(e). Pelajar boleh/dinasihatkan untuk mencetak slip pengesahan pendaftaran kursusnya selepas selesai mendaftar atau selepas setiap kali mengemaskini (qugur/tambah) senarai Dendaftaran kursusnya semasa dalam ternpoh E-Daftar.

(f). Sistem E-Daftar akan dibuka mulai 1 Jun - 6 Julai 2008.

(g). Panduan untuk berdaftar/mengakses portal web Kampus Sejahtera USM ini ada disediakan di halaman utama portal ini.

5. Maklumat-Maklumat Yang Akan Diberikan Kepada Semua Pelajar Menerusi Portal Kampus Sejahtera

(a). Maklumat Penasihat Akademik.

(b). Maklumat akademik seperti taraf akademik, nilai PNG, nilai PNGK dan tahun pengajian.

(c). Cangred.

(d). Senarai kursus yang akan ditawarkan dari semua Pusat Pengajian/Pusat.

(e). Jadual-jadual Waktu Pengajaran & Pembelajaran dari Pusat-pusat Pengajian/Pusat/Unit di ketiga-tiga kampus.

(f). Senarai kursus pra-daftar yang telah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam rekod pendaftaran kursus pelajar yang berkenaan (jika ada).

(g). Peringatan-peringatan tertentu mengenai polisi/syarat umum pendaftaran kursus Universiti.

6. Perkara/Maklumat/Dokumen Yang Perlu Diberi Perhatian/Dirujuk/Dipertimbangkan Oleh Pelajar Sebelum Mendaftar Kursus Secara E-Daftar

(a). Perancangan senarai kursus yang perlu didaftarkan mengikut semester dalam Buku Panduan Rancangan Pengajian.

(b). Senarai kursus yang akan didaftarkan berserta kod jenis bagi setiap kursus terlibat.

(c). Senarai kursus yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian/Pusat terlibat.

(d). Cangred.

(e). Jadual-jadual Waktu Pengajaran & Pembelajaran yang melibatkan kursus-kursus yang akan didaftarkan (bagi mengelakkan pertindihan jadual waktu kuliah/kelas).

7. Pendaftaran Kursus Bahasa Dan Ko-Kurikulum/Kebudayaan

(a). Urusan kemasukan data-data pra-daftar (pendaftaran awal) bagi kursus-kursus Bahasa akan dijalankan oleh Pusat Bahasa & Terjemahan (PBT) manakala kursus-kursus Ko-Kurikulum/Kebudayaan oleh pejabat Rancangan Ko-Kurikulum (Bahagian HEM). Data-data ini akan didaftarkan secara pentadbiran sebelum aktiviti pendaftaran kursus bermula. Hanya kumpulan pelajar yang terpilih sahaja akan dimasukkan data-data pra-daftar mereka.

(b). Semua urusan kelulusan/pendaftaran/pengguguran/penambahan bagi kursus-kursus Bahasa dan Ko-Kurikulum/Kebudayaan adalah di bawah tanggungjawab dan pentadbiran pihak PBT dan pejabat Rancangan Ko-Kurikulum (Bahagian HEAA). Pejabat Rancangan Ko-Kurikulum adalah di bangunan E37 (berdekatan bangunan P. P. Ilmu Pendidikan).

(c). Pengguguran kursus-kursus ini, jika perlu, hendaklah dibuat dalam tempoh minggu pertama. Selepas minggu pertama, denda RM50.00 akan dikenakan.

8. Denda RM50.00 Bagi Kes Pendaftaran Kursus Lewat Dan Kes Penambahan Kursus Lewat (Kes Tanpa Alasan Kukuh/Munasabah)

Denda sebanyak RM50.00 akan dikenakan kepada pelajar bagi kes-kes berikut :-

(a). Pelajar yang mendaftar lewat tanpa alasan kukuh/munasabah iaitu mana-mana pelajar yang menyerahkan borang pendaftaran kursus selepas 7 Julai 2008.

(b). Penambahan kursus lewat iaitu pelajar yang sudah memuktamadkan pendaftaran kursusnya tetapi ingin menambah lagi kursus selepas 7 Julai 2008 tanpa alasan kukuh/munasabah atau disebabkan kelalaian pelajar merancang pendaftaran kursusnya.

9. Pendaftaran Muktamad

(a). Sebarang pengguguran/penambahan kursus yang dibuat secara 'manual' di atas slip pengesahan pendaftaran kursus tidak dianggap sebagai sah. Pelajar berkenaan perlu mendapatkan slip pendaftaran berkomputer sebagai bukti yang sah.

(b). Pelajar diingatkan supaya mendaftar kod kursus yang betul berdasarkan sistem pengajian yang diikuti. Pelajar juga dinasihati untuk menyemak dengan Penasihat Akademik, Buku Panduan Rancangan Pengajian atau dengan Pusat-pusat Pengajian/Pusat berkenaan sekiranya timbul permasalahan/kekeliruan mengenai kursus-kursus yang ingin didaftarkan.

(c) Pelajar diminta merujuk kepada Senarai-senarai Kelas CL(B) berikut bagi menyemak rekod pendaftaran kursus masing-masing. Senarai-senarai Kelas ini akan memaparkan rekod pendaftaran kursus yang telah dilakukan pelajar :-

- Senarai Kelas CL(B)-'Provisional' pada minggu ke-5 di Pusat Pengajian.

- Senarai Kelas CL(B)-Muktamad pada minggu ke-9 di Pusat Pengajian atau di kaunter Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar (Aras 2, bangunan Canselori).

10. Penetapan Beban Kerja/Unit Sebenar Bagi Pendaftaran Kursus Ko-Kurikulum Jenis Satu Sidang Di Semester I dan II

(a). Berunit Satu (1) [Contohnya kursus-kursus Latihan Bantuan Keremasan BuIan Sabit Merah]

Berikut adalah perancangan yang perlu diambilkira di Semester I dan II sekiranya pendaftaran kursus turut melibatkan kursus Ko-Kurikulum jenis satu sidang yang berunit satu

Semester

Jumlah Unit Yang Boleh Didaftar Jika Pendaftaran Turut Melibatkan
Kursus Ko-Kurikulum Jenis Satu Sidang Berunit Satu

Pada
Sem. I

Beban kerja sebenar kursus Ko-Kurikulum ini ditetapkan 0 unit, maka pelajar

terlibat boleh daftar :

* 20 unit dari kursus-kursus lain + kursus Ko-K terlibat

Pada
Sem. II

Beban kerja sebenar kursus Ko-Kurikulum ini ditetapkan 1 unit, maka pelajar

terlibat hanya boleh daftar :

* 19 unit dari kursus-kursus lain + kursus Ko-K terlibat

(b). Berunit Dua (2) [Contohnya kursus-kursus PALAPES]

Beban kerjanya telah ditetapkan 1 unit pada Semester I dan 1 unit pada Semester II. Sehubungan itu, pelajar yang mengambil kursus seperti PALAPES ini (berunit 2) hanya boleh mendaftar 19 unit dari kursus-kursus lain pada kedua-dua Semester I dan Semester II.

11. Pendaftaran Kursus 'Audit' (berkod jenis Y)

Pendaftaran kursus 'Audit' (kod jenis Y) TIDAK DIAMBILKIRA dalam penjumlahan keseluruhan beban kerja (unit) sebenar yang didaftar.

- Gred yang diperolehi dari kursus 'Audit' tidak diambil kira dalam pengiraan PNGK dan penjumlahan unit ke arah pengijazahan.

12. Pendaftaran Kursus 'Prasyarat (berkod jenis Z)

Pendaftaran kursus 'Prasyarat' (kod jenis Z) DIAMBILKIRA dalam penjumlahan keseluruhan beban kerja (unit) sebenar yang didaftar.

- Gred yang diperolehi dari kursus 'Prasyarat' tidak diambil kira dalam pengiraan PNGK dan penjumlahan unit ke arah pengijazahan.

13. Pendaftaran Kursus Di Bawah Had Minima 9 Unit

(a). Hanya pelajar yang telah memenuhi tempoh minima bermastautin dibenarkan mendaftar kursus di bawah had minima 9 unit, dengan perakuan dari Dekan/Timbalan Dekan (Akademik & Pembangunan) Pusat Pengajian.

(b). Pelajar yang telah diluluskan pengecualian sejumlah unit tertentu yang melayakkannya diberi pengecualian satu atau dua semester akan Iayak dikurangkan tempoh minima bermastautinnya berdasarkan bilangan semester yang telah dikecualikan (satu atau dua).

(c). Semester ketika pelajar bercuti/tangguh pengajian (cuti dengan kebenaran) atau digantung dari pengajian tidak diambilkira dalam penjumlahan keseluruhan tempoh minima bermastautin.

(d). Pendaftaran kursus di bawah had minima 9 unit (kes-kes khas) hanya boleh dilakukan di pejabat Unit Pemprosesan Data & Rekod (UPDR), Jabatan Pendaftar.

(e). Kursus 'Audit' tidak diambil kira dalam memenuhi had minima 9 unit (rujuk perkara 11).

 

 

14. Pelajar Yang Berhutang Dihalang Mendaftar Kursus

Mana-mana pelajar yang masih mempunyai tunggakan hutang hingga akhir Semester II, S.A. 2007/08 tidak akan dibenarkan mendaftar kursus. Kumpulan pelajar terlibat hanya akan dibenarkan mendaftar kursus setelah mereka menjelaskan hutang masing-masing.

Makluman dan prosedur berkaitan perkara ini telah dimaklumkan Jabatan Bendahari dan pejabat Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (HEPP) kepada semua pelajar.

Pelajar yang ingin berbincang / membuat pertanyaan berkaitan atau mempunyai masalah tunggakan hutang ini boleh menghubungi :

(i). Jabatan Bendahari di 04-6533946 (pelajar Kampus Induk) / 04-5995024 (pelajar Kampus Kejuruteraan) / 09-7664108 (pelajar Kampus Kesihatan).

(ii). Pejabat Unit Biasiswa & Pinjaman, Bah. Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (HEPP) di 04-6533627 (pelajar Kampus Induk) / 04-5995532 (pelajar Kampus Kejuruteraan) / 09-7663000 (pelajar Kampus Kesihatan).

15. Tindakan Yang Boleh Diambil Universiti Terhadap Pelajar Yang Gagal Mendaftar Kursus

Mengikut peraturan Universiti, seseorang pelajar wajib mendaftar kursus pada setiap semester kecuali di atas sebab-sebab tertentu yang menghalangnya mengikuti pengajian seperti kursus tertentu tidak ditawarkan/menghadapi masalah kesihatan/masalah keluarga/masalah kewangan. Dalam keadaan ini, pelajar dikehendaki memaklumi pihak Pusat Pengajian/Universiti sebab-sebab beliau tidak dapat mendaftar kursus dan sekiranya perlu, pelajar boleh memohon kemudahan cuti (Cuti Dengan Kebenaran) sekiranya cuti ini dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya. Kelulusan cuti ini adalah tertakiuk kepada perakuan Pusat Pengajian dan kelulusan akhir oleh pihak Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (HEPP).

Borang permohonan Cuti Dengan Kebenaran ini boleh diperolehi dari Bahagian HEPP atau Pusat Pengajian atau dicetak dari laman web berikut registry.usm.my/updr/CDK.asp.

Untuk _perhatian, seorang pelajar boleh memohon untuk bercuti maksimanya sebanyak empat [41 semester sahaja sepaniang tempoh pengajiannya, samada berturut-turut atau tidak.

Sila ambil perhatian bahawa pihak Universiti boleh menamatkan pengajian (deregistered) mana-mana pelajar yang gagal mendaftar kursus tanpa sebarang alasan yang kukuh/munasabah/tanpa sebarang berita dalam mana-mana semester.

 

16. Tarikh Pendaftaran Pelajar Di Desasiswa Bagi Penginapan Semester I, S. A. 2008/09

Tarikh pendaftaran desasiswa bagi penginapan Semester I, S.A. 2008/09 adalah seperti berikut * Bagi pelajar Kampus Induk dan Kampus Keiuruteraan ---- 6 Julai 2008 (Ahad)

* Bagi pelajar Kampus Kesihatan = 5 Julai 2008 (Sabtu)

Kerjasama pelajar untuk mematuhi segala arahan yang dinyatakan adalah amat diharapkan dan dihargai.

Pelajar boleh juga merujuk dan mencetak notis Kenvataan Aktiviti Pendaftaran Kursus Semester I, S.A. 2008/09 ini menerusi laman web USM dan portal Kampus Sejahtera USM.

 

Sekian, terima kasih.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

‘Cintailah Bahasa Kita’

 

( MOHD AZIZUDIN BIN MOHD SHAFIFF )

Penolong Pendaftar Kanan

Unit Pemprosesan Data & Rekod (UPDR) Bahagian Pengurusan Akademik

Jabatan Pendaftar

 

 

* Link page

—————

Back


Contact

Persatuan Sains Kajihayat USM

Pusat Pengajian Sains Kajihayat,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.


0194503925


BioSociety MASCOT

MR. GREEN


Links


The Webmaster

 

YM me at: neomessiah26@yahoo.com.my


USM - An APEX University.