PUSINGAN PERTAMA (IDEA KELESTARIAN- INOVASI)
1. Idea projek kelestarian akan menyumbangkan sebanyak 50 % daripada keseluruhan markah pertandingan.
2. Peserta dikehendaki menggunakan kreativiti , imaginasi ,visi & penafsiran untuk mengemukakan cadangan idea yang bernas dalam membentuk Sekolah Lestari Tahun 2030. Idea yang dikemukakan merangkumi aspek kelestarian Alam Sekitar,Ekonomi ,Sosial dan lain-lain yang difikirkan.
3. Pembentukan Sekolah Lestari Tahun 2030 misalnya boleh merangkumi; pesekitaran sekolah, cara pemakanan pelajar,pakaian pelajar,bagunan,dan lain-lain idea yang difikirkan.
4. Peserta juga mesti mengfokuskan bagaimana sistem pendidikan sekolah lestari pada masa hadapan (2030)
Syarat-syarat /peraturan:
1. Pembentangan hasil idea kelestarian hendaklah dilakukan dengan format ‘Power point’- dengan gambar,video,carta,paparan, model serta lain-lain kreativiti yang difikirkan paling sesuai oleh peserta. Peserta perlu membawa ‘soft copy’ dokumen(dalam cakera padat) yang hendak dibentangkan untuk simpanan panel hakim .
2. Markah akan diberi berdasarkan kreativiti, logik dan kefahaman yang baik tentang idea kelestarian yang dibentangkan.
3. Peserta perlu membentangkan hasil idea kelestarian di hadapan panel hakim yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah USM yang terpilih.
4. Tempoh pembentangan adalah sekurang-kurangnya 5 minit dan tidak melebihi 10 minit. Ini akan diikuti dengan sesi soal jawab selama 5 minit. Pasukan yang tidak menepati masa ini akan ditolak markah.
5. Cabutan undian akan dijalankan bagi menentukan waktu pembentangan.
PUSINGAN KEDUA( REKA CIPTA-INOVASI )
1. pembentangan hasil reka cipta akan menyumbangkan sebanyak 30 % daripada keseluruhan markah pertandingan.
2. Peserta hendaklah menghasilkan sebuah reka cipta yang menekankan konsep kelestarian dari aspek;
a. Alam sekitar,
b. Sosial,
c. Ekonomi.
3. Peserta dikehendaki menyediakan produk yang dicipta sebelum hari pertandingan.
Syarat-syarat/peraturan:
Fasa 1: sebelum pertandingan
1. Peserta diberi kebebasan dalam memilih bahan-bahan yang akan digunakan dalam penghasilan rekacipta anda.
2. Bahan-bahan yang digunakan mestilah terdiri daripada bahan yang boleh dikitar semula dan bersifat “mesra alam”.
3. Anda perlu mengambil 3 keping gambar sepanjang proses menyiapkan reka cipta. 1 keping gambar bagi mewakili setiap fasa iaitu:
i) sebelum( gambar bahan-bahan asal untuk penghasilan produk)
ii) semasa produk dihasilkan
iii) selepas (hasil sempurna produk)
#gambar-gambar tersebut perlu dilampirkan bersama semasa sesi pembentangan
Fasa 2 : Semasa pertandingan
1. Cabutan undian akan dibuat untuk menentukan nombor giliran.
2. Peserta akan disoal-jawab dengan hasil reka cipta oleh panel hakim.
3. Tempoh sesi soal jawab dalam tempoh 5minit.
PUSINGAN KETIGA( KUIZ OBJEKTIF)
1.Markah kuiz ini menyumbang 20% daripada keseluruhan pertandingan.
2.Pusingan ini,merupakan ujian objektif yang perlu dijawab secara berkomputer/bertulis.
3.Peserta dikehendaki menjawab 60 soalan objektif selama 1jam 30 minit sahaja yang merangkumi konsep kelestarian alam sekitar,sosial dan ekonomi yang melibatkan skop pengetahuan umum, kemahiran berfikir dan pengaplikasian ketiga-tiga konsep dalam kehidupan.
Syarat-syarat pertandingan:
1. Pusingan ini hanya melibatkan satu orang wakil dari setiap kumpulan.
2. Peserta dilarang berbincang dan meniru semasa kuiz dijalankan.
3. Kepada peserta yang didapati meniru /menipu ataupun mempunyai bahan-bahan yang tidak dibenarkan dibawa ke tempat kuiz dijalankan penyertaan kumpulan terbabit akan dibatalkan.
4. Peserta wajib menjawab semua soalan dalam masa yang ditetapkan ( 1jam 30 minit).
—————
MR. GREEN
Ya, saya sudah ada rancangan ke mana saya mahu pergi selepas graduasi.
92
Masih belum, tidak pernah terlintas langsung.
1,062
Saya berada dalam kekeliruan.
22
Saya berhasrat untuk sambung pengajian lepasan ijazah.
22
Total votes: 1244
YM me at: neomessiah26@yahoo.com.my
USM - An APEX University.