Syarat-syarat Pertandingan

20/01/2010 10:41

 

1.      Pertandingan adalah terbuka kepada semua sekolah menengah di sekitar Pulau Pinang dan sebahagian Perak.

2.      Hanya 30 buah sekolah yang menghantar penyertaan terawal sebelum  atau pada 29 Januari 2010 sahaja akan diterima menyertai pertandingan ini.

3.      Setiap sekolah hanya dibenarkan untuk  menghantar satu kumpulan sahaja yang terdiri daripada 4 orang peserta ( termasuk seorang simpanan) dalam kalangan pelajar tingkatan 4 sahaja.

4.      Sebanyak tiga bentuk pertandingan akan dijalankan dalam pertandingan yang berlangsung selama sehari.

5.      Bagi pertandingan pertama dan kedua, pertandingan akan dijalankan secara penyampaian lisan oleh peserta dengan ’inovasi’  yang dihasilkan dihadapan juri manakala pertandingan ketiga akan melibatkan soalan berbentuk objektif bertulis.

6.      Bahagian  pertama dan kedua melibatkan maksimum  3 peserta bagi setiap kumpulan untuk tujuan pembentangan.Manakala untuk bahagian ketiga ,setiap kumpulan hanya perlu menghantar 1 orang peserta sahaja.

7.      Tiada sebarang penyingkiran akan dijalankan pada setiap pusingan dan setiap kumpulan wajib menyertai ketiga-tiga pertandingan.  Kumpulan yang mendapat jumlah  markah tertinggi dikira sebagai pemenang.

8.      Borang penyertaan untuk nama peserta disediakan pada lampiran akhir( lampiran A).

 

9.      Borang maklumbalas yang telah dilampirkan bersama surat jemputan hendaklah di isi lengkap dan difaxkan ke nombor +(6)04-656 5125 sebelum atau pada tarikh 29 Januari 2010.

 

10.  Yuran penyertaan bagi setiap sekolah perlu dibayar selewat-lewatnya 5 Februari 2010.

 

11.  Yuran penyertaan RM80.00 hendaklah dibayar melalui wang pos kepada :

 

NUR ATHIKA BINTI AHMADI,

Bendahari Pertandingan Inovasi dan Kuiz Kelestarian USM 2010,

Persatuan Sains Kajihayat,

Pusat Pengajian Sains Kajihayat, 11800,

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

 

12.  Bayaran yang telah dilakukan oleh pihak sekolah tidak akan dipulangkan semula kepada pihak sekolah sekiranya pihak sekolah menarik diri daripada pertandingan pada saat-saat akhir.

 

13.  Pengangkutan daripada sekolah ke USM dan pergerakan semasa pertandingan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah.

 

14.  Penginapan semasa pertandingan akan diuruskan oleh pihak penganjur jika ada permintaan daripada pihak sekolah.

 

15.  Yuran penyertaan meliputi yuran pertandingan dan makan minum peserta sepanjang aktiviti berlangsung.

16.  Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang aduan dan komen tidak akan dilayan oleh pihak penganjur.

—————

Back


Contact

Persatuan Sains Kajihayat USM

Pusat Pengajian Sains Kajihayat,
11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.


0194503925


BioSociety MASCOT

MR. GREEN


Links


The Webmaster

 

YM me at: neomessiah26@yahoo.com.my


USM - An APEX University.